Posts

Showing posts from November, 2020

10 Tip Memilih Kurma Ajwa Terbaik di Tanah Suci

Image
 Artikel ini pernah tersiar di Tazkirah.com pada 23 Mac 2019 Pautannya di sini. https://tzkrh.com/10-tip-memilih-kurma-ajwa-terbaik/   Setiap kali masuk musim Ramadan, pasti kita akan mendengar suara iklan di kaca televisyen mahupun di corong radio yang mengiklankan jenama kurma mereka. Dahulu, kurma dimakan secara bermusim iaitu apabila tiba bulan Ramadan. Tetapi kini buah kurma dimakan secara harian bagi mendapatkan khasiatnya yang tersendiri. Apatah lagi buah kurma kini semakin mudah dan murah didapati di pasaran tempatan. Bagi jemaah umrah dan haji, lazimnya apabila tiba di Madinah, mereka pasti akan mendapatkan kurma Ajwa sebagai bekalan dibawa pulang. Hal ini disebabkan mereka berpegang kepada sabda Nabi yang menyatakan bahawa, kurma Ajwa mempunyai khasiat yang luar biasa, antaranya dapat menyembuhkan racun dan sihir jika dimakan pada setiap pagi sebanyak 7 butir. Keistimewaan inilah yang menjadikan kurma Ajwa sentiasa dicari orang dan selalunya ada di rumah orang mukmin, berband

Tip Mengelakkan Bagasi Anda Hilang!

Image
  "Ya Allah!" "Ustaz, beg saya hilang! Tadi ada di sini. Mana perginya?" "Ustaz, tolonglah saya, beg saya hilang. Tadi saya dah letak di tempat pengumpulan beg. Tapi sampai hotel, tak ada pula saya cari. Tolonglah ustaz, saya tak ada pakaian lain nak pakai. Telekung, sejadah, pakaian dalam, buku-buku, semua dalam beg itu ustaz!" . Pernah dengar situasi yang berlaku di atas ini? Atau tuan puan mungkin pernah alaminya sendiri? Ini salah satu realiti yang berlaku. Dalam mana-mana kembara, yang paling kita tidak mahukan adalah beg kita rosak atau hilang.  . Jom kita tengok, apa cara patut kita buat supaya beg kita tidak hilang. 1) Mula-mula, pastikan beg kita ada label. Ada nama kita, ada nama grup kita, ada nama syarikat travel, ada no telefon, ada nama mutawwif dan ada destinasi.  2) Pastikan label ini tak mudah koyak dan tak mudah tanggal. Kukuh dan mudah dilihat. Ada sesetengah travel letakkan label di bahagian bawah beg. Jadi susah nak dilihat, walaupun t