Posts

Showing posts from October, 2020

Keliru : Nak ke Madinah dahulu atau Ke Makkah dahulu?

Image
"Ustaz, ana kelirulah ustaz. Nak masuk mana dulu? Madinah dulu ke Makkah dulu?" "Mana lagi bagus?"  Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya tidak ada ketetapan khusus, nak ke mana dahulu. Sama ada ke Makkah dahulu atau ke Madinah dahulu.  Sebenarnya ia tertakluk kepada diri kita sendiri. Keutamaan kita, rasa hati kita, dan juga pilihan Allah untuk kita. Secara asasnya, tidak banyak beza sama ada masuk ke Makkah dahulu atau ke Madinah dahulu. Namun, kita cuba perturunkan sebab-sebab dan bagaimana membuat pilihan.  Baik, mari kita tengok pilihan yang ada.  Jika kita mahu masuk ke Makkah dahulu, ini antara sebab yang boleh membantu kita buat pilihan : 1) Kita belum pernah datang ke Tanah Suci. Dah tak sabar dan tak mampu tahan nak jumpa bertamu di rumah Allah. Rindu sangat-sangat.  2) Kita banyak dosa, dan kita sangat-sangat bimbang Allah akan tarik nyawa kita sebelum kita sempat buat umrah. 3) Kita menunaikan haji, namun dapat tarikh yang hampir dengan tarikh Wuquf. M

Warna Warni Kaabah

Image
  WARNA-WARNI KAABAH Mula-mula dulu, saya fikir warna kiswah Kaabah sejak dulu asyik warna hitam saja. Tak pernah terfikir Kaabah pakai warna lain selain hitam. Tengok dalam cerita kartun Muhammad Utusan Terakhir, adalah nampak hint-hint warna kiswah Kaabah itu berwarna-warni. Apabila mula-mula tengok poster dan pameran muzium terbuka ini, saya terkejut. Terus ambil gambar. Rasa macam tak percaya, Kaabah boleh ada warna-warni ikut zaman. Subhanallah. Jom tengok gambar Kaabah dalam bentuk warna-warni. Paling rare, Kaabah warna belang-belang merah putih macam bendera Malaysia. Hehe. Oh ya, gambar ini diambil di pameran muzium terbuka di dalam shopping complex sebelah Hilton Suites sekitar tahun 2019. Masa itu bulan puasa kot. Sekarang saya tak pasti masih ada atau tidak. Warna Merah Putih Kiswah Kaabah pada zaman Nabi. Warna Putih Kiswah Kaabah pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Warna Kiswah Merah pada zaman pemerintahan Saidina Abdullah bin Zubair Warna Kuning Kiswah Kaabah

Tip Menguruskan Bagasi yang Banyak Serentak (Di Haramain)

Image
 Kadangkala, dalam satu penerbangan, terdapat banyak grup yang terbang bersama dan ditempatkan di hotel yang sama. Keadaan ini selalu berlaku khususnya apabila jemaah menggunakan khidmat pesawat sewa khas seperti Airbus A380, atau pergi menunaikan umrah pada musim sibuk seperti cuti sekolah, atau bulan Ramadhan.   Dalam keadaan begitu banyak beg yang diuruskan serentak, kita memerlukan satu sistem yang jitu, dan dapat mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimakan berlaku kecelaruan bagasi. Ya, jika kita tidak uruskan dengan baik, ada beg yang sepatutnya ke Makkah selama seminggu, namun dihantar pulang ke tanahair! Bayangkan betapa kecewanya jemaah apabila terpaksa mencari pakaian baru luar dan dalam, seminggu di Makkah.  Jika bagasi yang sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia, namun tersesat ke Makkah pula, juga berisiko yang sama. Ada hadiah yang ditunggu-tunggu sanak saudara dan taulan, ada barangan mudah rosak yang dibimbangi musnah tatkala tiba lewat ke tanahair. Mungkin juga ada

Aduh! Pening Kepala dengan Kerenah Jiran Bilik Hotel

Image
TIP HADAPI JIRAN HOTEL YANG BANYAK KERENAH Tidak semua pengalaman semasa menunaikan haji dan umrah yang manis-manis.  Setiap orang ada ujian masing-masing. Sebab perjalanan haji dan umrah itu memang satu bentuk ujian ke atas kita.  Ada yang bermasalah dengan rakan sebilik. Ada yang bermasalah dengan mutawwif. Ada yang hadapi ujian dengan syarikat agensi masing-masing. Ada pula yang ditimpa musibah kehilangan dan kemalangan. Ada juga yang jatuh sakit. Bahkan ada yang punya masalah diri sendiri sehingga jadi gila dan sebagainya.  Perkara ini memang lumrah. Kali ini kita akan bercerita berkenaan masalah dengan jiran bilik kita di hotel. Agak jarang jemaah kita mempunyai masalah dengan jiran bilik di hotel. Antara masalah yang berlaku yang melibatkan jiran hotel ini, ialah : 1) Jiran buat bising sehingga mengganggu waktu tidur. 2) Jiran tidak jaga kebersihan dan mengganggu privasi. 3) Jiran pecah masuk ke bilik dan mencuri barangan. 4) Jiran membuat gangguan seksual. Apa? Di Tanah Suci pun

Tip Elak Barangan Terlebih Berat

Image
 TIP ELAK BARANGAN TERLEBIH BERAT Ini memang masalah yang selalu berlaku kepada jemaah.  Pada masa datang ke Tanah Suci, memang selalunya ramai mempunyai beg yang kosong.  Ada yang bawa sehelai sepinggang, fokus untuk membeli di sini.  Ada yang bawa cukup-cukup sahaja, jadi apabila shopping di sini, beg tak muat pula. Akhirnya, beg pun beranak-pinak! Walaupun beg beranak pinak, tapi kuota berat beg bagi setiap jemaah tetap sama. Tak boleh tambah, melainkan kena bayar lebihan berat beg.  Satu kilo tak murah ya tuan puan. Paling kurang 100riyal. Bergantung kepada jenis airline yang kita naiki.  Ada airline yang memang tak benarkan langsung tambah berat beg. Ada airline yang benarkan hanya sekiranya flight tidak penuh.  Akibatnya, ada barang yang tak dapat bawa balik. Aduhhhh....  Baik, bagi mengelakkan berlaku keadaan seperti ini, jadi, mari kita perturunkan sedikit tip. 1) Jika pada musim haji, kita tak perlu bawa terlalu banyak pakaian. Bawa sabun dan berus, kerana kita boleh cuci paka