5 Cara Cepat untuk Pergi Haji dan Umrah

Bismillahirrahmanirrahim.

Tip kali ini ringkas sahaja. 

Saya kongsikan tip bagaimana mempercepatkan kita untuk pergi haji dan umrah. 

1. Doa sungguh-sungguh kepada Pemilik Haramain. Iaitu Allah yang Esa.

2. Letakkan target spesifik bulan berapa dan tahun bila nak tunaikan haji.

3. Tampalkan target/matlamat dalam vision board atau di tempat mudah dilihat. Misalnya di ruang tamu, di pintu masuk billik, di peti sejuk, di cermin kereta.

4. Sentiasa doakan niat kita itu di mana-mana, dan pada bila-bila masa, khususnya di tempat mustajab, atau semasa doa mustajab. Paling bagus, kita pergi umrah dulu, dan berdoa sungguh-sungguh di tempat mustajab.

5. Lakukan langkah pertama untuk membuktikan usaha kita. Misalnya mendaftar akaun TH dan mendaftar haji (RM1300), memulakan simpanan, dan mendaftar pakej umrah (misalnya dengan Andalusia zero deposit, lihat di http://www.umrahandalusia.com).
Contoh Gambar Stiker untuk ditampal bagi mengingatkan minda bawah sedar kita untuk sentiasa berdoa dan berusaha mempercepatkan pergi haji dan umrah.
Dapat sesuatu?
Share dan tag kawan-kawan. Jemput kawan-kawan membaca perkongsian di sini atau di dalam channel telegram.
Jemput juga masuk Channel Telegram t.me/tiphajiumrah untuk artikel-artikel dan tip-tip menarik yang lain.


Abu Ahnaf

Yang Dah Cuba dan Berjaya



Comments

Popular posts from this blog

Keliru : Nak ke Madinah dahulu atau Ke Makkah dahulu?

Warna Warni Kaabah

Tip Menguruskan Bagasi yang Banyak Serentak (Di Haramain)