Warna Warni Kaabah

 WARNA-WARNI KAABAH

Mula-mula dulu, saya fikir warna kiswah Kaabah sejak dulu asyik warna hitam saja.
Tak pernah terfikir Kaabah pakai warna lain selain hitam. Tengok dalam cerita kartun Muhammad Utusan Terakhir, adalah nampak hint-hint warna kiswah Kaabah itu berwarna-warni.
Apabila mula-mula tengok poster dan pameran muzium terbuka ini, saya terkejut. Terus ambil gambar. Rasa macam tak percaya, Kaabah boleh ada warna-warni ikut zaman.
Subhanallah.
Jom tengok gambar Kaabah dalam bentuk warna-warni.
Paling rare, Kaabah warna belang-belang merah putih macam bendera Malaysia. Hehe.
Oh ya, gambar ini diambil di pameran muzium terbuka di dalam shopping complex sebelah Hilton Suites sekitar tahun 2019. Masa itu bulan puasa kot.
Sekarang saya tak pasti masih ada atau tidak.

Warna Merah Putih Kiswah Kaabah pada zaman Nabi.

Warna Putih Kiswah Kaabah pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar

Warna Kiswah Merah pada zaman pemerintahan Saidina Abdullah bin Zubair

Warna Kuning Kiswah Kaabah pada zaman pemerintahan Bani Seljuk.

Warna Hijau Kiswah Kaabah pada zaman pemerintahan Khalifah Nasir, Khilafah Abbasiyah.

Warna Hitam Kiswah Kaabah, selepas zaman pemerintahan Khalifah Nasir sehingga kini.

Selama ini, kita jarang temui fakta ini di dalam buku-buku sejarah Makkah dan sejarah Kaabah. Dalam kursus umrah pun tak sempat cerita. Alhamdulillah ada pameran seperti ini di Makkah, dapatlah kita tambah ilmu tentang Kaabah al-Musyrifah.

-------
Ikuti tip haji dan umrah di
Grup Telegram t.me/gruptiphajiumrah
Youtube - Akan datang
Facebook - Akan datang

Comments

Popular posts from this blog

Keliru : Nak ke Madinah dahulu atau Ke Makkah dahulu?

Tip Menguruskan Bagasi yang Banyak Serentak (Di Haramain)