10 Tip Memilih Kurma Ajwa Terbaik di Tanah Suci
Artikel ini pernah tersiar di Tazkirah.com pada 23 Mac 2019 Pautannya di sini. https://tzkrh.com/10-tip-memilih-kurma-ajwa-terbaik/ Setiap kali masuk musim Ramadan, pasti kita akan mendengar suara iklan di kaca televisyen mahupun di corong radio yang mengiklankan jenama kurma mereka. Dahulu, kurma dimakan secara bermusim iaitu apabila tiba bulan Ramadan. Tetapi kini buah kurma dimakan secara harian bagi mendapatkan khasiatnya yang tersendiri. Apatah lagi buah kurma kini semakin mudah dan murah didapati di pasaran tempatan. Bagi jemaah umrah dan haji, lazimnya apabila tiba di Madinah, mereka pasti akan mendapatkan kurma Ajwa sebagai bekalan dibawa pulang. Hal ini disebabkan mereka berpegang kepada sabda Nabi yang menyatakan bahawa, kurma Ajwa mempunyai khasiat yang luar biasa, antaranya dapat menyembuhkan racun dan sihir jika dimakan pada setiap pagi sebanyak 7 butir. Keistimewaan inilah yang menjadikan kurma Ajwa sentiasa dicari orang dan selalunya ada di rumah orang mukmin...