Keliru : Nak ke Madinah dahulu atau Ke Makkah dahulu?
"Ustaz, ana kelirulah ustaz. Nak masuk mana dulu? Madinah dulu ke Makkah dulu?" "Mana lagi bagus?" Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya tidak ada ketetapan khusus, nak ke mana dahulu. Sama ada ke Makkah dahulu atau ke Madinah dahulu. Sebenarnya ia tertakluk kepada diri kita sendiri. Keutamaan kita, rasa hati kita, dan juga pilihan Allah untuk kita. Secara asasnya, tidak banyak beza sama ada masuk ke Makkah dahulu atau ke Madinah dahulu. Namun, kita cuba perturunkan sebab-sebab dan bagaimana membuat pilihan. Baik, mari kita tengok pilihan yang ada. Jika kita mahu masuk ke Makkah dahulu, ini antara sebab yang boleh membantu kita buat pilihan : 1) Kita belum pernah datang ke Tanah Suci. Dah tak sabar dan tak mampu tahan nak jumpa bertamu di rumah Allah. Rindu sangat-sangat. 2) Kita banyak dosa, dan kita sangat-sangat bimbang Allah akan tarik nyawa kita sebelum kita sempat buat umrah. 3) Kita menunaikan haji, namun dapat tarikh yang hampir dengan tarikh Wuqu...